Biografi Hammad bin Abi Sulaiman
- by CoAdmin11-Budi
- 9.724 Views
- Rabu, 7 September 2022
Laduni.ID Jakarta – Nama lengkap Hammad bin Abi Sulaiman al-Kufi. Asal keturunan beliau adalah dari Asbahan (nama sebuah bandar di Khurasan). Ayah beliau adalah wala’ (di bawah penguasaan) al-‘asy’ariyyin (nisbah kepada kerabat Abu Musa al-Asy’ari). Ini kerana ayah beliau masuk Islam di tangan Abu Musa Al-Asy’ari. Justeru, ayah beliau juga digelar ‘Maula Al-Asy’ariyyin’ sepertimana yang disebut adz-Dzahabi di atas yang berarti bertuankan al-Asy’ariyyin. Ketika ayah beliau menetap di Daumah Jandal (dikatakan sebuah tempat di Madinah Hisn di Syiria-Syam berhampiran gunung Toyyi’), Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan menghantar Abu Musa al-Asy’ari ke tempat tersebut untuk menyampaikan Islam. Maka, Islamlah beliau di situ
Baca Juga: Biografi Ibnu Syihab Azzuhri
Contents
Riwayat Hidup
Tidak disebutkan oleh mana-mana sumber berkenaan tarikh yang tepat kelahiran beliau, akan tetapi disebutkan bahawa beliau adalah di kalangan Shigar Tabiin(Tabi’in peringkat rendah) kerana hanya sempat bertemu dengan seorang sahabat sahaja iaitu Anas bin Malik r.a., tetapi tidak banyak meriwayatkan hadis dari Sayyidina Anas. Oleh kerana beliau wafat pada tahun 120 hijrah, atau dalam sumber yang lain, 119 hijrah dalam keadaan separuh umur(30 hingga 50an). Maka sumber-sumber berpendapat bahawa melalui maklumat-maklumat di atas, dianggarkan beliau lahir sekitar 1/3 akhir kurun pertama hijrah.
Baca Juga: Biografi Imam Malik bin Anas
Wafat
Wafat pada tahun 120 H.
Keturunan
Ismail bin Hammad
Pendidikan dan Sanan Keilmuan
Hammad bin Abi Sulaiman belajar kepada banyak ulama, di antaranya:
- Aamir bin Syurahbil
- Said bin Musayab
- Syekh Hasan Al Bashri
- Ibrahim bin Yazid An Nakho'i
- Sayyidina Anas bin Malik r.a.
- Abi Wail
- Zaid ibn Wahab
Akan tetapi beliau paling lama berguru dengan Imam Ibrahim An-Nakha’i, mengambil ilmu fiqh darinya, bahkan beliaulah yang paling hebat dan faqih di antara murid-murid Ibrahim An-nakha’i yang lain. Hinggakan Ibrahim An-Nakha’i sendiri mewasiatkan murid-muridnya yang lain untuk melazimi Hammad mengambil ilmu, kata beliau, “Pergilah kamu kepada Hammad, kerana dia telah menanyakanku semua yang telah ditanya orang.” Ini menunjukkan agungnya Hammad di sisi gurunya. Dan apabila Ibrahim diberitahu bahawa Hammad telah berfatwa, beliau berkata, “Apakah yang menghalangnya?
Sedangkan dia telah bertanya kepadaku masalah-masalah yang kalian semua tidak pernah tanya walau 1/10(dari soalan-soalan Hammad).” Ketika wafatnya Ibrahim An-Nakha’i, para pelajar Ibrahim berpendapat bahawa orang yang menggantikan beliau adalah Imam A’mash(nama beliau Sulaiman ibn Mihran, tabi’in, antara murid Ibrahim Nakha'ie), lalu mereka mendatangi A’mash dan bertanya tentang halal dan haram, akan tetapi beliau tidak dapat menjawabnya, maka mereka bertanya pula tentang fara’idh(ilmu mirath/pembahagian harta) dan beliau dapat menjawabnya.
Kemudian mereka mendatangi Hammad, lalu mereka bertanya tentang fara’idh, beliau tidak dapat menjawabnya, lalu mereka bertanya pula tentang halal dan haram, dan didapati beliau pakar dalam halal dan haram. Maka mereka mengambil ilmu Fara’idh dari Imam Al-A’mash, manakala ilmu halal dan haram(hukum-hakam) mereka mengambilnya dari Imam Hammad.
Imam Hammad adalah orang yang paling pakar fiqh di kalangan murid-murid Ibrahim An-Nakha’i hinggakan Imam Az-Zahabi di dalam Siyar A’lam Nubala’(5/236) menyebut: “Orang yang paling faqih di Kufah adalah Sayyidina Ali dan Ibnu Mas’ud, dan murid kedua-dua mereka yang paling faqih adalah ‘Alqamah, dan murid Alqamah yang paling faqih adalah Ibrahim An-Nakha’i, dan murid Ibrahim yang paling faqih adalah Hammad ibn Abi Sulaiman, dan murid Hammad yang paling faqih adalah Abu Hanifah, dan murid Abu Hanifah yang paling faqih adalah Abu Yusuf, dan muridnya yang paling faqih adalah Muhammad bin Hasan As-Syaibani, dan murid Muhammad yang paling faqih adalah Muhammad ibn Idris As-Syafi’i rahimahumullah ta’ala.” Berkata Imam Sufyan Ibn ‘Uyainah pula, “Mu’ammar/Ma’mar pernah berkata, “Aku tidak pernah lihat ada orang dari mereka yang lebih faqih daripada Az-Zuhri, Hammad ibn Abi Sulaiman, dan Qatadah””
Baca Juga: Biografi Ibnu Syihab Azzuhri
Penerus
Murid-muridnya:
- Imam Abu Hanifah
- Ismail bin Hammad
- Al-Hukm bin ‘Utaibah
- Al-A’masy
- Yazid bin Abi Unaisah
- Mughirah
- Hisyam ad-Dastawa’i
- Muhammad bin Abaan al-Ju’fi
- Hamzah az-Zayyat
- Mis’ar bin Kidam
- Sufyan ats-Tsauri
- Syu’bah bin al-Hajjaj
- Hammad bin Salamah
- Abu Bakar an-Nahsyali
Teladan
Ma'mar berkata: "suatu saat kami datang kepada Abu Ishaq lalu beliau berkata: 'dari mana kalian?' Kami menjawab: 'dari rumah Hammad'. Kemudian beliau berkata: 'apa yang dikatakan saudara kalian yang murjiah itu?'. Kemudian kami berkunjung kerumah Hammad beliau juga bertanya: 'dari mana kalian?' kami menjawab 'dari rumah Abu Ishaq'. Maka beliau menasihati kami: 'tetaplah kalian bermulazamah dengan guru kita itu, karena dia mengkhawatirkan kalian'".
Inilah sikap yang ditunjukkan oleh beliau. Ketika beliau dituduh murjiah beliau tidak mencela orang yang mencelanya, bahkan beliau berpesan agar tetap bermulazamah kepada Abu Ishaq. Beliau termasuk orang yang paling faqih pada zamannya. Dikatakan bahwa paling faqihnya ahli Kufah adalah Ali dan Ibnu Mas'ud, paling faqihnya sahabat mereka adalah Alqomah, paling faqihnya sahabat Alqomah adalah Ibrohim, paling faqihnya sahabat Ibrohim adalah Hammad bin Abi Sulaiman, paling faqihnya sahabat Hammad adalah Abu Hanifah, paling faqihnya sahabat Abu Hanifah adalah Abu Yusuf, paling faqihnya orang pada masa itu adalah Muhammad, dan paling faqihnya sahabat Muhammad pada waktu itu adalah Abu 'Abdillah 'Asy-Syafi'i.
Sumber
- Kitab Siyar A’lâm an-Nubalâ’ Juz 2 karya Imam Syamsuddin Muhammad bin Ahmad bin Utsman adz-Dzahabi, hlm. 1558-1559.
Chart Silsilah Sanad
Berikut ini chart silsilah sanad guru Hammad bin Abi Sulaiman dapat dilihat DI SINI, dan chart silsilah sanad murid beliau dapat dilihat DI SINI.
Artikel ini sebelumnya diedit tanggal 22 April 2021, dan terakhir diedit tanggal 07 September 2022.
Lokasi Terkait Beliau
Belum ada lokasi untuk sekarang
Memuat Komentar ...